Quantcast
Channel: Blog eSempoi.com | Hidup biar sempoi » Hiburan
Viewing all articles
Browse latest Browse all 10

Aku Terima Nikahnya-Skrip Longgar.

$
0
0

aku terima nikahnya Aku Terima Nikahnya Skrip Longgar.

Adegan gesel hidung antara Arisa(Nora Danish) dan Johan(Adi Putra) dalam filem terbaru mereka,Aku Terima Nikahnya membangkitkan kembali nostalgia filem Adik Manja yang ditayangkan pada tahun 1979.Namun dalam filem Aku Terima Nikahnya,kemesraan itu dipamerkan dalam hubungan antara pengantin baharu yang sedang menikmati enaknya cinta.

Aku Terima Nikahnya 1 Aku Terima Nikahnya Skrip Longgar.

Mungkin disebabkan gosip yang pernah menimpa mereka,filem ini adalah antara yang ditunggu ramai.Gambar-gambar adegan mesra antara Adi dan Nora sudah menjemput rasa mahu menonton filem ini.Rentetan daripada kejayaan kolabarasi mereka dalam drama sebelum ini,lalu Eyra Rahman menggandingkan mereka dalam filem genre romantis yang mengangkat nilai sebuah perkahwinan ini.

285720 162852007171967 1341672419 n Aku Terima Nikahnya Skrip Longgar.

Skrip dalam filem ini longgar sehingga gagal membuahkan emosi sedih atau romantis.Bagaimanapun,ekspresi yang dilontarkan oleh setiap pelakon menambah ruang yang longgar dan lemah tersebut.Mujurlah juga ada Ahmad Tarmimi Serigar dan Azizah Mahzan yang memang terkenal dengan kredibiliti lakonan mereka.

Kolaborasi antara Nora dan Adi tidak ada pertikaian sebelum Johan(Adi) ditimpa musibah.Mereka romantis,berjaya mempamerkan sisi cinta mati antara Adam dan Hawa dan betapa kasihnya mereka terhadap sebuah perkahwinan.Namun kekekokan terasa selepas musibah terjadi,lakonan Adi ternyata sedikit terganggu kerana dia mengangkat Johan dengan sedikit kemarahan yang.Kecelaruan fikirannya diangkat dengan amarah dan tidak tahu sebab kenapa dia perlu bertindak sehingga ke tahap itu.

527719 509582159071872 2034079316 n Aku Terima Nikahnya Skrip Longgar.

Pujian harus diberikan kepada aktres Nora Danish yang mengangkat sisi kewanitaan Arisa yang tabah menghadapi dugaan dan rintangan pada awal perkahwinan.Air mata serta mimik muka Nora sampai kepada sebuah kesedihan dan kecintaan.Cuma kadangkala intonasi sebutan yang comel melenyapkan rasa sedih.Namun itu bukan satu kelemahan besar kerana dia adalah pemanis untuk filem ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 10